Saturday, June 15, 2024
HomeBERITAMacam dia je ada suami, netizen mula meluat kemesraan ‘bersemut’ Mira Filzah...

Macam dia je ada suami, netizen mula meluat kemesraan ‘bersemut’ Mira Filzah dan suami

Majlis ‘Wedding Of The Year’ pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah bersama  pasangan pilihan hati, Wan Emir Astar masih bermain dibibir peminat seni tanah air.

Sememangnya tidak dapat dinafikan pasangan ini sama cantik dan sama padan.

Lebih dua bulan melayari bahtera perkahwinan, mereka kelihatan kerap memuatnaik foto kemesraan bersama di platform media sosial peribadi masing-masing buat tatapan umum.

Terkini, anda dapat saksikan mereka dalam ‘knowing each other challenge’ menerusi saluran Youtube EmirAmirah.

Melalui perkongsian video berdurasi 10 minit itu, jelas terbit kemesraan pasangan suami isteri ini, walaupun Emir masih kelihatan malu-malu.

Menerusi komentar daripada netizen, penerimaan masyarakat pastilah berbeza-beza.

Nampaknya kemesraan pasangan ini yang nampak bersahaja dan para peminat juga mendoakan yang baik-baik sahaja untuk artis kesayangan mereka.

Namun begitu, tidak kurang juga yang mulai ‘meluat’ dan merasakan cukup-cukuplah menayang aksi bersemut di platform media sosial ini.

 

Hmm… apa kata anda?

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments