Saturday, May 25, 2024
HomeBERITALukisan Mural wajah Dr Amalina di Lorong Seni Kota Tinggi

Lukisan Mural wajah Dr Amalina di Lorong Seni Kota Tinggi

Pakar Pelatih Surgikal kebanggaan negara, Dr Nur Amalina Che Bakri yang kini menetap di London, United Kingdom menzahirkan keterujaannya apabila lukisan mural wajahnya tersergam indah di Lorong Seni, Kota Tinggi, Johor.

Dalam status terkini di laman Instagram miliknya, beliau yang membesar di Johor Bharu berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana mengabdikan wajahnya dan mengajak orang ramai untuk melihat hasil seni di Lorong Seni berkenaan.

Dr Amalina menjadi trending dan viral di media sosial kerana inisiatif beliau membantu adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang telah menjalani pembedahan pembuangan tumor 200 gram di mulut bayi di hospital kanak-kanak di London.

Untuk rekod, Dr Amalina pernah mengharumkan nama negara apabila dinamakan sebagai penerima anugerah Darzi Academic Clinical Fellowship di Imperial College London.

Dr Amalina juga pernah disenaraikan sebagai 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik seluruh United Kingdom.

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments