Saturday, May 25, 2024
HomeBERITALTTE : Secara salah melangkaui bidang kuasa Menteri Dalam Negeri, Peguam Negara...

LTTE : Secara salah melangkaui bidang kuasa Menteri Dalam Negeri, Peguam Negara disaran semak semula keputusan – Haniff Khatri

Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menyarankan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas  menyemak semula keputusan menggugurkan kesemua pertuduhan keganasan LTTE terhadap 12 tertuduh dan pertuduhan dibicarakan serta ditentukan melalui sistem pembuktian di mahkamah.

Beliau yang dihubungi The Malaya Post berkata, Peguam Negara tidak boleh mencampuri atau melangkaui bidang kuasa Menteri Dalam Negeri berhubung penyenaraian mana-mana entiti sebagai “entiti terrorisme” di bawah Seksyen 66B Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Kelmarin (21.02.2020) saya telah menekankan bahawa seseorang Peguam Negara tidak boleh mencampuri atau melangkaui bidang kuasa Menteri Dalam Negeri berhubung penyenaraian mana-mana entiti sebagai “entiti terrorisme” di bawah Seksyen 66B Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri yang mempunyai kuasa di bawah akta berkaitan, telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari ini, mengesahkan bahawa daripada siasatan dan maklumat pakar keselamatan negara kita, disahkan bahawa LTTE masih dijadualkan sebagai “entiti terrorisme” di bawah Seksyen 66B AMLATFAPUAA.

“Justeru, saya sarankan agar TOMMY THOMAS sebagai Peguam Negara berkewajipan menyemak semula keputusan beliau menggugurkan kesemua pertuduhan keganasan LTTE terhadap kesemua 12 tertuduh,” katanya.

Haniff khatri turut menyatakan sekiranya Peguam Negara tidak menyemak semula keputusan berkenaan beliau berpendapat Tan Sri Tommy Thomas secara salah mencampuri kuasa menteri.

Menurutnya, konsep kedaulatan undang-undang atau Rule Of Law adalah wajib dan kekal dipatuhi oleh sesiapa sahaja termasuk Peguam Negara.

Susulan keputusan mengejutkan Jabatan Peguam Negara berhubung keputusan memberhentikan prosiding undang-undang terhadap 12 lelaki warga tempatan yang berdepan tuduhan menyokong kumpulan pengganas, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Keputusan yang diumumkan kelmarin oleh Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menegaskan ia dibuat selepas mendapati tiada prospek jelas untuk sabitan terhadap semua tertuduh dengan mana-mana 34 pertuduhan yang dihadapi mereka.

Beliau membuat keputusan itu mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkannya menjalankan kuasa budi bicara selepas menilai kes berkenaan mengikut undang-undang.

Keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Tommy Thomas menimbulkan pelbagai reaksi terutama pengamal undang-undang terkenal, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang menyatakan rasa terkejut serta berpendapat keputusan ini melangkaui bidang kuasa Menteri Dalam Negara dan memalukan jabatan Peguam Negara.

Hari ini pula Menteri Dalam Negeri , Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pengekalan LTTE sebagai entiti keganasan di bawah seksyen 66B (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan rasmi berkata, Kementerian Dalam Negeri mempunyai kuasa untuk menyenaraikan

individu atau kumpulan yang terlibat dalam kegiatan keganasan sebagai Entiti Yang Ditentukan (specified entity) setelah menerima maklumat yang diberikan oleh PDRM dan senarai terbabit diwartakan dalam Warta Persekutuan.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments