Saturday, May 25, 2024
HomeBERITALPT 1 kini sudah dibuka

LPT 1 kini sudah dibuka

Semua laluan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) kini boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan apabila KM126.3 antara Chenor ke Temerloh telah dibuka bermula jam 4.00 petang tadi.

Demikian memetik pengumuman Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Sri Fadillah Yusoff menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook peribadinya.

“Walaubagaimanapun pengguna dinasihati untuk mematuhi papan tanda di lokasi dan berhati-hati ketika memandu.

“Ikuti laman rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik, @LPTTrafik, Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia dan @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini,” kongsi beliau.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments