Saturday, May 25, 2024
HomeBERITALima negara sahkan sekatan ke atas warga China

Lima negara sahkan sekatan ke atas warga China

Beberapa negara dilihat mengambil tindakan tegas dan pantas bagi mengekang penularan wabak  Novel Coronavirus (nCoV) yang sedang melanda negara China dan mula berjangkit ke beberapa negara lain melalui kemasukan warga China yang mengambil peluang bercuti sempena menyambut Tahun Baru Lunar.

Virus yang disebarkan antara manusia bermula apabila terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar Wuhan, Wilayah Hubei yang kini telah meragut 56 nyawa dan kira-kira 1,975 orang positif nCoV setakat hari ini.

Susulan itu, beberapa negara telah mengambil langkah tegas dan cepat bagi mencegah penularan wabak yang membawa maut ini.

Dilaporkan pihak berkuasa Filipina menghantar pulang kira-kira 500 pelancong dari Wuhan yang mendarat di Kalibu berikutan kebimbangan berhubung virus tersebut.

Korea Utara pula telah menutup sempadan negaranya kepada pelancong kerana khuatir koronavirus terbaru yang datang dari China itu tersebar di negaranya.

Kim Jing-un telah mengharamkan kedatangan pelancong asing dari memasuki negara itu kerana risau virus misteri tersebut merebak.

Negara Taiwan mengambil pendekatan dengan cara mengetatkan kemasukan pelancong dari China untuk mencegah penyebaran koronavirus tetapi mengecualikan peraturan itu ke atas pelancong perniagaan dan individu yang berkahwin dan warga Taiwan.

Malah, Taiwan telah menghentikan lawatan kumpulan pelancong dari China dan sekarang mengadakan sekatan ke atas semua penduduk Hubei ke pulau itu.

The Jakarta Post pula mengesahkan bahawa pihak berkuasa Indonesia membatalkan semua penerbangan yang berasal dari Wuhan.

Kerajaan Hong Kong mengambil langkah drastik dengan mengisytiharkan darurat dalam menangani isu ini.

Semua sekolah ditutup manakala laluan masuk melalui keretapi dan penerbangan dari Wuhan disekat dari semasa ke semasa.

Negara Russia turut mengenakan tindakan yang sama. The Moscow Times melaporkan bagaimana penerbangan dari Wuhan ke Rusia ditangguhkan bagi mengekang penularan wabak ini.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe memberi komitmen memberitahu negaranya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa China untuk mengatur penerbangan piagam bagi mana-mana warganegara Jepun yang ingin kembali dari Wuhan.

Penyiaran kebangsaan Jepun NHK melaporkan pada awal Ahad bahawa kira-kira 700 orang Jepun dipercayai berada di Wuhan, telah dikuarantin selama beberapa hari.

Amerika Syarikat (AS) pula menyatakan akan memindahkan kakitangan di konsulat Wuhan ke AS dan menawarkan jumlah tempat duduk yang terhad kepada warganegara mereka dalam penerbangan keluar dari bandar yang dijadualkan pada hari Selasa.

Penerbangan itu dijadualkan meninggalkan Wuhan pada 28 Januari. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments