Monday, May 20, 2024
HomeBERITALayanan mesra dan penuh kasih sayang, Memey Suhaiza buktikan status “ibu tiri”...

Layanan mesra dan penuh kasih sayang, Memey Suhaiza buktikan status “ibu tiri” sekadar gelaran

Kisah romantik pasangan suami isteri pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza dapat dilihat menerusi perkongsian di platform Instagram pasangan selebriti ini.

Melalui perkongsian aktiviti seharian seperti memasak makanan diet sihat buat suami dan keluarga, rutin senaman Norman dan keceriaan tiga anak hasil perkongsian hidup bersama hampir sebelas tahun jelas menggambarkan kebahagiaan mereka sekeluarga.

Tidak sekadar itu, Memey juga dilihat rapat dan mesra dengan anak-anak tirinya iaitu Marissa Dania Hakim, 15 dan Maria Danisha Hakim, 12 iaitu anak Norman Hakim bersama bekas isteri, penyanyi dan pelakon Abby Abadi.

Menerusi beberapa perkongsiannya, Memey memuat naik foto dan klip video mereka bertiga sambil menggayakan koleksi tudung terbaru keluarannya.

Memang terlihat mesra semulajadi. Untunglah dapat mak tiri comel dan baik hati kan! ????

Untuk rekod, Norman Hakim dan Abby Abadi pernah berkahwin pada 8 Januari 2002 namun berpisah pada 18 Disember 2008. Mereka dikurniakan tiga cahayamata iaitu 2 perempuan dan seorang lelaki, Mohamed Danish Hakim, 12.

Norman kemudiannya bertemu jodoh dengan Memey pada tahun 2011. Hidup mereka bertambah ceria dengan kehadiran tiga cahayamata iaitu Mohammad Darwisz Hakim, 8, Mohammad Dikhriz Hakim, 6 dan Mikayla Delisha Hakim, 3 tahun.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments