Saturday, May 25, 2024
HomeBERITALawak tidak bertempat KC Nazari dicemuh netizen

Lawak tidak bertempat KC Nazari dicemuh netizen

Kisah penghijrahan figura terkenal, Neelofa yang mengambil keputusan untuk berniqab dan berita  pernikahannya yang bakal berlangsung pada Mac tahun hadapan menjadi perhatian peminat seni tanah air beberapa hari ini.

Perkembangan baharu ini mendapat reaksi positif terutamanya daripada pengikut setia gadis cantik berusia 31 tahun ini.

Namun, di sebalik perubahan positif yang dilakukannya, tetap ada sindiran sinis dari masyarakat.

Timbul pula perkongsian seorang pelawak tanah air memuatnaik di laman media sosial twitter miliknya dua foto penampilan Neelofa pada awal kemunculan dan juga penampilan terkini dengan ‘caption’ berbunyi, “How it’s started, How it’s going”.

Biarpun bertujuan bergurau walau tidak kena pada isu, namun niat tidak menghalalkan cara ya saudara.

Jelas tindakannya memuatnaik gambar lama Neelofa ketika belum menutup aurat sangat tidak menghormati pengacara popular ini sebagai insan dan wanita muslimah.

Sudah pasti, ‘posting’ nya itu menerima kecaman hebat netizen.

Rata-rata pembaca meminta pelawak itu agar memadam segera kerana perkongsian terbabit yang nyata mengaibkan Neelofa.

Malah tindakannya juga menunjukkan mentaliti kurang cerdik pelawak berkenaan. Ya lah, diri sendiri pun tidak semenggah mana pun????????‍♀️????.

Namun, setelah hampir seminggu membuat perkongsian itu, pelawak terbabit jelas tidak mengambil endah komentar dan teguran netizen.

Rasanya mungkin ada yang kurang mengenali pelawak ini.

Untuk rekod, KC Nazari merupakan salah seorang peserta rancangan realiti ‘Lawak Solo’ terbitan Astro.

Sekarang jelas kita lihat sebab seseorang itu berjaya dan mengapa sesetengah ‘try hard’ sampai mengaibkan orang pun masih tidak dipandang, jauh sekali nak berjaya.

Ini antara antara reaksi netizen di ruangan komen.

Hmm… Ada perkara boleh dibuat lawak, ada perkara sangat sensitif ya saudara.
Agak-agaklah…????????‍♀️

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments