Memetik kenyataan sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) harian Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan larangan perjalanan rentas negeri ditarik balik.
Namun kata beliau, kelonggaran terbabit hanya diberikan jika melibatkan kes-kes kecemasan seperti kematian ataupun perubatan.
“Malahan begitu juga kes yang melibatkan urusan kerja seperti perlu berulang alik daripada rumah ke tempat kerja.
“Rentas negeri juga turut dibenarkan kepada pasangan suami isteri yang duduk berjauhan dan terpisah daripada keluarga serta anak-anak,” ujar beliau.
Selaras dengan keputusan kerajaan, Dato’ Seri Ismail memaklumkan kelonggaran ini akan bermula Isnin ini iaitu 1 Jun 2020.
Walau bagaimanapun, tegas beliau rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan selain daripada sebab-sebab yang dinyatakan.
7. Pasangan suami isteri yang berjauhan dibenarkan untuk merentas negeri bermula 1 Jun 2020
— MINDEF Malaysia (@MINDEFMalaysia) May 30, 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply