Saturday, May 25, 2024
HomeBERITALapan warga China dari Wuhan dalam kuarantin di Johor, disahkan negatif coronavirus

Lapan warga China dari Wuhan dalam kuarantin di Johor, disahkan negatif coronavirus

Berdasarkan ujian klinikal yang dijalankan Jabatan Kesihatan Johor, seramai lapan orang warga China berasal dari Wuhan yang memasuki Johor Bahru sejak semalam disahkan negatif wabak coronavirus.

Kesemua lapan Warga China yang membabitkan empat dewasa dan empat kanak-kanak itu hanya dihadkan untuk berada dan bergerak sekitar lawasan tempat penginapan mereka sahaja.

Ia kerana mereka berada didalam pemantauan Jabatan Kesihatan Johor selama 14 hari, ujar Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia, Aminolhuda Hassan.

Dalam satu laporan yang lain, warga emas yang berusia 66 tahun dari Wuhan, China yang sedang bercuti sejak Isnin lalu, disahkan positif dijangkiti coronavirus, manakala anaknya yang berusia 37 tahun dilaporkan disyaki dijangkiti virus berkenaan kini sedang dirawat di sebuah hospital.

Demikian merupakan laporan dari Kementerian Kesihatan Singapura malam tadi.

Sementara itu, Aminolhuda berkata, kerajaan Johor mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Singapura yang memberi maklumat segera lapan ahli rombongan warga emas yang disahkan positif coranavirus di republik itu memasuki Johor Bahru untuk bercuti, semalam. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel
Untuk perkembangan berita dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments