Lambakan bungkusan mendadak di Sabah, Sarawak, POS Malaysia jangka berlaku kelewatan penghantaran

0

POS Malaysia menerima lambakan dan peningkatan jumlah bungkusan secara mendadak terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, POS Malaysia dalam satu kenyataan berkata pihaknya menjangkakan kelewatan penghantaran bungkusan buat masa ini.

POS Malaysia kini sedang gigih berusaha meningkatkan kapasiti bagi memastikan penghantaran dapat dilakukan secepat mungkin.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3015546358552689&id=325158724258146&sfnsn=mo

“Bagi para pelanggan kami di Sabah dan Sarawak, kami juga menghadapi kekangan dari segi jumlah penerbangan yang terhad yang mungkin menyebabkan kelewatan yang tidak dijangka dan kami turut menghargai kesabaran para pelanggan dan berterima kasih bagi memahami situasi ini,” ujar kenyataan terbabit.

Dalam pada itu, pihaknya turut memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi melalui AskPos di pos.com.my

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply