Thursday, May 30, 2024
HomeBERITALaman sesawang iklan dan jual MyKad, JPN buat laporan polis

Laman sesawang iklan dan jual MyKad, JPN buat laporan polis

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin memberi respon isu hangat pemalsuan kad pengenalan yang sedang tular di laman sosial.

Menurut beliau, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil maklum bahawa kebelakangan ini terdapat banyak terbitan (posting) di media sosial berkenaan Kad Pengenalan (MyKad) palsu.

“Semua kenyataan dan gambar yang dimuat naik telah diteliti serta disemak oleh kementerian melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Berkenaan satu laman sesawang yang mengiklan dan menjual Mykad palsu dalam talian, satu laporan polis telah dibuat oleh JPN pada 1 Mei 2020 malah siasatan dan tindakan lanjut bakal diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap jenayah pemalsuan MyKad yang mencemarkan nama baik JPN,” ujar beliau.

Beliau berkata selain daripada kes terbabit, kementerian turut menjelaskan bahawa gambar-gambar MyKad yang tular di media sosial pada ketika ini adalah gambar lama yang dimuat naik semula.

“Gambar-gambar berkenaan mempunyai kaitan dengan kes pemalsuan MyKad di Pulau Pinang pada tahun 2019 malah tiada gambar dan maklumat pemalsuan Mykad yang baru dapat dikenal pasti.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah membuat tangkapan terhadap individu-individu yang terlibat dengan kes pemalsuan MyKad di Pulau Pinang (2019) dan semua tertuduh sedang menjalani prosiding perbicaraan di mahkamah,” katanya.

Menurutnya, ekoran daripada penularan gambar-gambar lama terbabit, terdapat juga desakan oleh beberapa pertubuhan dan individu tertentu yang menggesa kerajaan supaya menukar MyKad sedia ada kepada MyKad baharu bagi menangani pemalsuan MyKad.

“Dalam hal ini, JPN dari semasa ke semasa sentiasa mengkaji penambahbaikan dan pembaharuan terhadap MyKad khususnya dari segi aspek ciri-ciri keselamatan malah JPN juga telah menambahbaik Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada dengan mengetatkan proses semakan dan kelulusan dokumen pengenalan diri di samping memantapkan lagi pemantauan dalam sistem JPN.

“Kerajaan memandang serius kes-kes yang melibatkan pemalsuan MyKad sama ada la melibatkan kakitangan JPN ataupun sindiket tertentu malah PDRM dan JPN akan terus bekerjasama melalui “Ops Biru'” iaitu sebuah Pasukan Petugas Khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes-kes pemalsuan MyKad bagi memburu dalang-dalang yang terlibat,” tambahnya.

Kerajaan juga tidak akan sama sekali melindungi dan berkompromi terhadap sebarang salah laku berkenaan kes salah laku ini.

Beliau turut memohon agar orang ramai segera menghentikan penyebaran mesej-mesej yang bersifat berita palsu di media soslal bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan rakyat malah tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimanapun sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat terkini mengenai sindiket atau kegiatan pemalsuan Mykad, orang ramai boleh terus melaporkan maklumat tersebut kepada KDN, PDRM atau JPN secara langsung.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments