Friday, July 19, 2024
HomeBERITALaman Facebook dan Instagram kumpulan Drama Band diserang netizen

Laman Facebook dan Instagram kumpulan Drama Band diserang netizen

Nampaknya masih belum reda kehangatan persembahan 12 lagu layak ke final Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL) yang berlangsung meriah di Stadium Axiata, Bukit Jalil semalam.

Nama kumpulan Drama Band menjadi trending dan hangat diperkatakan di laman media sosial apabila salah satu watak persembahan nyanyian kumpulan berkenaan dikaitkan dengan VVIP dan ahli politik bersama isteri.

Pelayar media sosial mula mengkritik keras tindakan kumpulan berkenaan yang dianggap biadap dan mencemar imej AJL terbitan TV3.

Laman Facebook dan Instagram rasmi kumpulan Drama Band mula diserang dan dibanjiri komen-komen pedas dari warganet yang tidak setuju dengan jalan cerita persembahan berani mati kumpulan berkenaan.
Sehingga kini komen di laman Facebook rasmi kumpulan Drama Band mencecah lebih 14,000!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments