Tuesday, May 21, 2024
HomeBERITALaluan Laut Utara (NSR): Peluang Baharu Pasaran Global - ROSATOM

Laluan Laut Utara (NSR): Peluang Baharu Pasaran Global – ROSATOM

ST. PETERSBURG, 22 Jun – Koridor logistik tambahan di Laluan Laut Utara (NSR) akan meningkatkan kelestarian pengangkutan global kerana ia akan dapat mengurangkan masa menunggu sedia ada dan pada masa yang sama memberi impak kepada kecekapan dan keberkesanan kos kargo bagi banyak negara, termasuk yang terletak jauh ke selatan, iaitu Khatulistiwa.

Sebagai penghubung antara Timur Jauh Rusia dan bahagian barat negara itu, ia juga menjadi hab logistik penting antara Asia dan Eropah.

Di sebalik pengembangan potensi sedia ada, Ketua Pengarah Rosatom State Atomiс Energy Corporation (ROSATOM), Alexey Likhachev berkata, usaha sedang dilakukan untuk menjamin kelesatariannya.

“Logistik global sentiasa mencari keseimbangan keselamatan, kelestarian dan kecekapan. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai peristiwa telah berlaku yang mengubah logistik dunia.

“Dalam keadaan sedemikian, keselamatan dan kelestarian jelas menjadi keutamaan.

“NSR menjadi laluan baharu yang unik, dan kami lihat terutamanya dalam keadaan semasa terdapat potensi yang besar untuk kerjasama dengan negeri-negeri mesra dalam pembangunan trafik kargo transit, dan kami telah pun memulakan kerja-kerja yang diperlukan,” – kata beliau ketika mengambil bahagian dalam sesi “Laluan Laut Utara: Cabaran Baharu”, yang diadakan sebahagian daripada rangka kerja SPIEF-2023.

Pada sesi berkenaan, dimaklumkan yang NSR mengalami momentum pembangunan radikal berikutan projek perlombongan, infrastruktur dan logistik oleh syarikat utama negara itu, iaiut Nornickel, Novatek dan Gazprom Neft.

Syarikat berkenaan telah mengambil bahagian dalam pembangunan Laluan Laut Utara dengan membina armada dan mengambil bahagian dalam pembentukan sistem komunikasi sebagai salah satu mekanisme untuk menghubungkan pelbagai wilayah.

“Tugasan ini mempunyai prospek yang besar.

“Koridor pengangkutan ini harus digunakan sebagai Tugas ini memberi inspirasi. Kami yakin bahawa kami mampu meningkatkan iklim pelaburan dan kualiti hidup orang ramai” kata Likhachev.

Masalah untuk mewujudkan koridor logistik global dan memindahkan berpuluh juta tan transit melalui kaedah yang lebih ringkas dan cekap telah dibincangkan.

Bagaimanapun ia tidak mudah dan kerajaan perlu mengambil beberapa risiko dan walaupun dalam keadaan belanjawan yang sukar pelaburan dalam penciptaan infrastruktur diteruskan.

Menyentuh mengenai perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif DP World, Sultan Ahmed Bin Sulayem berkata, penyelesaian utama yang perlu diambil adalah dengan memastikan sokongan pelanggan terhadap projek, membangunkan infrastruktur dan memaklumkan mereka tentang kajian alam sekitar.

“Saya yakin melalui penyertaan dan sokongan pelbagai pihak berkepentingan, pemilik kargo akan dapat menghargai manfaat ekonomi projek dan perancangan untuk melaksanakannya. Ini akan menyumbang kepada membina hubungan yang boleh dipercayai dengan orang ramai dan hakikat bahawa NSR akan menjadi alternatif kepada laluan popular sedia ada antara Eropah dan Asia” kata Sultan Ahmed.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments