Tuesday, May 28, 2024
HomeBERITALagu Naim Daniel, Sumpah ke Afrika dan Kanada

Lagu Naim Daniel, Sumpah ke Afrika dan Kanada

Pemilik lagu popular “Sumpah” iaitu penyanyi dan pelakon Naim Daniel telah memuatnaik dua video cover version lagu berkenaan yang dinyanyikan oleh warga Afrika dan Kanada di laman Instagramnya.

“#sumpahnaim appreciation’s post.”

“One from Africa and one more from Canada. Mad crazy. You guys are amazing. Thank you for the lovely support ! ???? ???????? ???????? ????” tulis Naim di ruangan Instagramnya bersama video cover song nya.

Menerusi perkongsian video terbabit terdapat dua  warga asing yang menyanyikan lagunya dengan fasih berbahasa Melayu.

Video yang pertama dinyanyikan semula oleh warga Afrika dan juga kelihatan seorang lagi lelaki membuat runut bunyi ‘beatbox’ sebagai bunyi latar.

Video kedua pula seorang perempuan warga Kanada juga menyanyikan lagu yang sama dengan lancar.

Para peminat memberikan komen yang positif tentang video berkenaan malah ada juga yang berseloroh mengatakan Naim Daniel kini sudah berada di tahap antarabangsa.

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments