Thursday, June 20, 2024
HomeBERITALagu “Akhir Zaman” ditujukan untuk Melayu Muslim yang menentang hukum agama Islam

Lagu “Akhir Zaman” ditujukan untuk Melayu Muslim yang menentang hukum agama Islam

Kumpulan indie Bunkface mengeluarkan satu kenyataan media berhubung dengan terbitan lagu terbaru berjudul “Akhir Zaman”.

Perkongsian kenyataan media itu dimuat naik di laman Instagram rasmi Bunkface berkata perkataan LGBT yang digunakan didalam lirik lagu terbabit bukanlah ditujukan kepada mana-mana individu, tetapi ia ditujukan kepada pergerakan komuniti LGBT yang semakin meluas di seluruh dunia, terutamanya kepada mereka yang beragama Islam dalam negara.

Tambahnya, tafsiran sebaris ayat dari kitab suci Al-Quran “Engkau agamamu, aku agamaku” Surah Al-Kafirun Ayat 6, menjelaskan lagi bahawasanya mesej lagu ini ditujukan kepada mereka yang beragama Islam sahaja.

Tambahan lagi, lirik lagu tersebut juga dihasilkan dalam Bahasa Malaysia kerana majoriti Muslim di Malaysia terdiri daripada bangsa Melayu dan lebih jelas, nyata dan terang untuk mereka fahami.

Menurut mereka lagi, lagu berkenaan bukanlah untuk menimbulkan rasa benci terhadap mana-mana individu namun ianya adalah salah satu cara ‘kiasan halus’ bagi menentang individu yang mencabar hak dan hukum dalam Islam. –THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments