Memetik ucapan Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang perintah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebentar tadi, beliau memaklumkan kerajaan telah bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri untuk membenarkan kuliah dan Solat Dhuha diadakan di masjid serta surau.
Selain itu, kelas mengaji dan fardhu ain juga telah dibenarkan semula di masjid dan surau dengan syarat mengamalkan penjarakan berdasarkan keluasan masjid dan surau.
Bagi kuliah dan Solat Dhuha serta kelas mengaji dan fardhu ain juga boleh diadakan bermula minggu ini pada bila-bila masa.
Walaubagaimanapun aktiviti di dalam masjid termasuk solat berjemaah dan Solat Jumaat juga tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan serta mengikut saiz dan kapasiti masjid dan surau.
Tambah beliau lagi, masjid dan surau juga diberi kebenaran untuk mengadakan tazkirah sebelum Solat Jumaat tertakluk kepada SOP biasa yang ditetapkan bermula 3 Julai (Jumaat) ini.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply