Thursday, December 1, 2022
Home BERITA Ku Li mohon tukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat, Speaker setuju

Ku Li mohon tukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat, Speaker setuju

0
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memohon agar tempat duduk beliau dalam Dewan Rakyat diletakkan berhampiran blok Bebas.
Dalam satu surat bertarikh 26 Julai kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun, Tengku Razaleigh atau Ku Li memberi alasan memohon pertukaran tempat duduk kerana beliau tidak menyokong kerajaan sekarang ini.
“Dengan makluman ini saya mohon mendapat persetujuan dan kerjasama Tuan Dipertua memindahkan tempat saya ke suatu kerusi dalam Dewan Rakyat berhampiran dengan (‘block’) Bebas yang tidak pernah menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan yang ditubuh yang menggunakan nama ‘Perikatan Nasional’.
“Saya belum mengetahui sama ada anggota-anggota Dewan Rakyat yang lain daripada parti saya telah berurusan dengan YB Tuan Yang Dipertuan mengenai tempat duduk mereka dalam Dewan Rakyat. Walau apapun yang mereka lakukan oleh mereka ini saya dengan sukacita mohon berpindah ke tempat lain yang sewajarnya, bersesuaian dengan semangat Barisan Nasional/UMNO terutama sekali pengundi saya, ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia”, katanya kepada The Malaya Post.

Sementara itu Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata, beliau sudah pun menerima surat berkenaan dan akan mengambil tindakan berkaitan.

“Selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat saya mengambil maklum keputusan Ahli Parlimen Gua Musang dan sudah mengarahkan Setiausaha Dewan Rakyat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply