Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITATERKINIKSN mohon maaf terkhilaf tidak menjemput lima MB dan Ketua Menteri ke...

KSN mohon maaf terkhilaf tidak menjemput lima MB dan Ketua Menteri ke mesyuarat Khas Covid-19

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali hari ini memohon maaf berikutan kekhilafan isu jemputan untuk Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi menangani penularan COVID-19.

Sehubungan itu, beliau bagi pihak urusetia mesyuarat memohon maaf di atas kekhilafan yang timbul berkaitan dengan jemputan yang hanya dikeluarkan kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri Kerajaan Negeri dari Parti Komponen Kerajaan Persekutuan.

“Bagi Negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah, hanya Pengarah Pembangunan Negeri yang dijemput hadir,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tambah beliau, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarahkan agar semua Menteri Besar dan Ketua Menteri dijemput hadir tanpa ada sebarang pengecualian ke mesyuarat khas yang diadakan di Putrajaya hari ini.

“Sekali lagi ditegaskan, bahawa Perdana Menteri memandang serius tentang perkara ini dan menyatakan pendirian jelas beliau untuk bekerjasama dengan semua Kerajaan Negeri tanpa mengambil kira apa jua latar belakang parti politik khususnya berkaitan perkara yang menjadi kepentingan utama negara seperti wabak Coronavirus (COVID-19),” katanya.

Datuk Seri Zuki berkata Tan Sri Muhyiddin juga telah mengeluarkan arahan supaya semua Menteri Besar dan Ketua Menteri dijemput hadir mesyuarat khas bagi menangani penularan COVID-19 pada masa akan datang.

*SubscribeChannel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments