KPN minta orang ramai tunggu arahan baru dikeluarkan

0

Arahan untuk mengisi borang Kebenaran Rentas Negeri ditarik balik buat sementara waktu oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador meminta orang ramai untuk menunggu arahan baru yang akan dikeluarkan dalam waktu yang terdekat.

Tindakan penarikan balik dibuat berikutan berlakunya kesesakan kunjungan orang ramai di balai polis di seluruh negara.

Perintah Kawalan Pergerakan membabitkan perjalanan merentas negeri ditangguhkan sementara waktu bagi menyelesaikan kesesakan yang berlaku.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply