Friday, July 19, 2024
HomeBERITAKPM Astro jalin kerjasama, siar slot program TV Pendidikan di saluran Tutor...

KPM Astro jalin kerjasama, siar slot program TV Pendidikan di saluran Tutor TV

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Astro Malaysia Holdings Bhd. (Astro) telah bersetuju untuk berkerjasama bagi menyiarkan Slot Program TV Pendidikan di saluran Tutor TV, Astro.

Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Astro ini merupakan tambahan kepada siaran slot TV Pendidikan yang kini bersiaran di saluran TV Okey, Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang telah bermula 6 April lalu.

KPM dalam satu kenyataan media berkata, inisiatif ini adalah untuk meningkatkan akses murid kepada bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain daripada pembelajaran dalam talian.

Malah pendekatan ini akan dapat membantu murid yang tidak mendapat capaian internet mengikuti proses pembelajaran (PdP) dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pasca PKP.

Slot TV Pendidikan di saluran Tutor TV, Astro akan mula bersiaran pada 4 Mei 2020 dan program ini akan disiarkan selama dua (2) jam pada setiap Isnin hingga Jumaat.

Waktu siaran adalah pada pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi menerusi saluran 601 dan pada pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari menerusi saluran 603.

Rancangan berkenaan akan diulang siar pada pukul 3.00 petang sehingga 4.00 petang di saluran 601 dan pukul 4.00 petang sehingga 5.00 petang di saluran 603 pada hari yang sama.

Selain itu, program ini juga dapat ditonton secara percuma pada bila-bila masa menerusi aplikasi Astro GO yang boleh dimuat turun menggunakan peranti dengan sistem pengoperasian Android dan iOS.

Jadual rancangan boleh dirujuk melalui portal rasmi KPM di laman sesawang : www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan.

KPM yakin bahawa slot program TV Pendidikan melalui kerjasama dengan Astro ini akan memberi manfaat kepada murid, guru dan ibu bapa bagi membolehkan proses PdP dilaksanakan dengan lebih meluas, terutamanya dalam keadaan yang mencabar pada masa ini.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments