Saturday, July 20, 2024
HomeBERITAKPLB bantu perkasa program vaksinasi bergerak di pedalaman Sabah

KPLB bantu perkasa program vaksinasi bergerak di pedalaman Sabah

PAPAR, 29 Nov. – Bagi mempercepatkan proses vaksinasi masyarakat luar bandar, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melaksanakan Operasi Vaksin Penilaian Pantas atau Rapid Assessment Vaccination Operation (RAVO).

Program dibawah Tanggungjawab Sosial Korporat Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan anak syarikatnya, MARA Liner Sdn Bhd, menjalin kerjasama dengan Pusat Kesihatan Daerah Papar, bergerak dari rumah ke rumah penduduk.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pelaksanaan program vaksinasi secara mobil itu adalah bagi memudahkan urusan logistik masyarakat tempatan untuk menerima vaksin.

“Keprihatinan KPLB dan MARA ini merupakan komitmen kementerian dan agensi kita dalam mendokong pelan Imunisasi Kebangsaan COVID-19 bagi membolehkan semua masyarakat di luar bandar khususnya hari ini di Dun Pantai Manis untuk menerima suntikan vaksin sebelum hujung tahun ini.”

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Walkabout Menteri KPLB Ke Pusat Vaksinasi Papar dan Simbolik Pelancaran Pasukan Bergerak Vaksinasi KPLB/MARA Liner/PKD Papar, Wheel RAVO di sini hari ini.

Jelas Mahdzir, program RAVO melibatkan 21 buah perkampungan di Papar meliputi 1,500 orang masyarakat luar bandar yang masih belum menerima suntikan vaksin.

Selain Papar, program juga akan meliputi kawasan Kinabatangan, Beaufort dan Tawau dengan sasaran tujuh ribu penduduk akan divaksin.

Enam buah bas MARA Liner diubah suai menjadi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dengan sembilan buah kaunter vaksinasi termasuk untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Proses suntikan akan dilaksanakan selama satu minggu bermula 1 hingga 7 Disember 2021.

Ia akan menggunakan tujuh unit kenderaan pacuan empat roda dan satu unit van sebagai kemudahan pengangkutan.

Dalam lawatan itu, Mahdzir turut menyampaikan sumbangan pelitup muka, panel pelindung muka, cecair sanitasi tangan dan lima buah kerusi roda bagi kegunaan penerima vaksin di pusat vaksinasi PKD Pengalat Besar Papar.

Turut disampaikan, bantuan kemudahan lain kepada pasukan petugas PKD dan sukarelawan kesihatan.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments