Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKosmetik beracun! Masih berleluasa di pasaran

Kosmetik beracun! Masih berleluasa di pasaran

Begitu banyak lambakan produk kosmetik atau ‘skincare’ yang berada di pasaran dan kebanyakannya menjanjikan kesan seawal tujuh hari.

Namun persoalannya, adakah ia selamat digunakan dan mematuhi keperluan garis panduan kawalan produk kosmetik?

Ditambah pula dengan peranan yang dimainkan oleh media massa mengiklankan testimoni berjaya sekaligus menarik perhatian orang ramai yang terpedaya untuk mencubanya.

Sebagai pengguna, pastikan anda melakukan pengesahan terlebih dahulu tentang sesuatu produk sama ada telah berdaftar di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK).

Lambakan produk kecantikan boleh mengundang masalah kepada keselamatan dan kesihatan pengguna sekiranya tiada kawalan dan penguatkuasaan yang wajar dari pihak berkuasa.

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan lambakan barangan kosmetik yang mengandungi bahan yang mempunyai kesan sampingan merbahaya.

Jadilah pengguna yang bijak. Keselamatan diri adalah tanggungjawab anda sendiri. Pilihlah produk selamat seperti yang disarankan oleh pakar perubatan.

Perhatian kepada pengguna dan penjual 3 produk ini. Mohon hentikan penggunaan dan penjualan serta merta. 3 produk ini telah dikesan mengandungi bahan beracun MERKURI

Posted by Public Health Malaysia on Tuesday, 9 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments