Konsep Keluarga Malaysia aspirasi penyatuan semua rakyat – PM

0

Konsep Keluarga Malaysia adalah aspirasi yang berjaya menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan agama, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, konsep Keluarga Malaysia membawa Malaysia lebih harmoni dalam kepelbagaian budaya dan bangsa.

Katanya, Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia adalah manifestasi kejayaan Keluarga Malaysia yang diperkenalkan kerajaan pentadbirannya.

“Program yang dianjurkan Kementerian Perpaduan Negara selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang saya perkenalkan.

“Sambutan yang diterima daripada pelbagai kaum berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia,” katanya pada Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Kebangsaan di Dataran Kerayong, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Lebih 1,000 pengunjung menyertai pelbagai aktiviti dan persembahan artis terkemuka.

Menerusi program berkenaan, pameran Rumah Kami menampilkan pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian mendapat sambutan warga Bera.

Ismail Sabri berkata, konsep Keluarga Malaysia akan terus diperkasakan sebaik mandat diberikan kepada Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply