Kongsi barang ‘dihantar’ seseorang, Aeril Zafril dakwa terselamat disihir buatan orang

0

Manusia. Rambut sama hitam, hati lain-lain.
Sukar bagi kita untuk membaca persepsi orang terhadap kita.

Walaupun tidak pernah mengganggu dan mencampuri urusan orang lain, namun  ada juga yang tidak senang dengan hidup kita.

Inilah yang dialami oleh pelakon dan juga usahawan, Aeril Zafrel apabila mendakwa dirinya sekeluarga menerima hantaran ilmu sihir dari seseorang.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Instagram peribadinya, Aeril memuat naik gambar yang menurutnya ‘barang’ dihantar oleh seseorang dipercayai sebagai perantara melakukan perkara tidak baik terhadap dirinya sekeluarga.

 

Menurut suami kepada pelakon cantik Wawa Zainal ini, dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menerima bantuan oleh mereka yang arif seterusnya dengan izin Allah, mereka sekeluarga terselamat dan dilindungi dari perkara tidak diingini berlaku.

Menurutnya lagi, sebagai manusia biasa, dia tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

“Barangkali ada salah dan khilaf yang saya tak sedari. Saya dengan rendah hati memohon maaf pada pihak yang terasa hingga tergamak melakukan percubaan sihir itu.

“Sekiranya masih ada lagi rasa tidak puas hati atau ingin melampiaskan marah atau menegur kesilapan saya, marilah bertemu secara nyata.

“InsyaAllah saya akan berlapang dada untuk mendengarnya dan memperbetulkan apa jua kesalahan saya jika ada. Sejujurnya saya memaafkan perbuatan aniaya ‘pihak itu’. Semoga bertaubat dengan sesungguhnya.

“Saya serahkan diri saya, isteri dan anak-anak kepada sebaik-baik pelindung – Allah hu Robbi,” kongsinya.

Perkongsian Aeril itu disambut dengan doa dari pengikutnya agar mereka sekeluarga terus dilindungi dari anasir jahat itu.

Antara komen yang menarik perhatian ialah dari pelakon Fendy Bakry yang mendakwa dirinya pernah sakit beberapa tahun lalu akibat perbuatan sihir.

Minta dijauhkan, Allahuakbar.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply