Berkuat kuasa 11 Mac, individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 akan dikenakan kompaun sehingga RM10,000.
Manakala syarikat atau penubuhan yang didapati melakukan kesalahan yang sama boleh dikompaun sehingga maksimum RM50,000.
Menerusi portal rasmi Jabatan Peguam Negara, perkara itu telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.
Sebelum ini, di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, memperuntukkan hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.
Antara kesalahan yang boleh dikenakan kompaun ialah tidak memakai pelitup muka, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran dan aktiviti pusat hiburan.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply