Monday, July 22, 2024
HomeBERITAKluster terbaharu dikesan melibatkan 43 pelajar baru pulang dari Temboro, Indonesia

Kluster terbaharu dikesan melibatkan 43 pelajar baru pulang dari Temboro, Indonesia

Satu kluster terbaharu telah dikesan di pintu masuk antarabangsa apabila kes positif telah dikesan di kalangan rakyat Malaysia yang pulang dari Indonesia melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 16 April lalu.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN), kluster terbabit terdiri daripada 43 orang pelajar yang mana baharu sahaja pulang dari Temboro.

Untuk rekod, Temboro merupakan salah satu tempat yang telah diisytihar sebagai zon merah di daerah Magetan, Indonesia.

Daripada jumlah keseluruhan berkenaan, seramai 34 orang telah dikuarantin di negeri Melaka dan sembilan orang lagi dikuarantin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ini jelas menunjukkan tindakan kerajaan bagi mengambil langkah kuarantin dan saringan semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2364232137013012&id=1452870318149203

#COVID19
#StayAtHome
#MovementControlOrder
#PerintahKawalanPergerakan
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments