Friday, November 20, 2026
HomeBERITAKluster Pusat Jagaan Warga Emas

Kluster Pusat Jagaan Warga Emas

Memetik perkongsian dari laman media sosial Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebuah kluster baharu telah dikesan di sebuah pusat jagaan warga emas di Kluang, Johor.

Menurut mereka, kes pertama bagi kluster ini merupakan kes kematian COVID-19 yang telah dilaporkan pada 19 Julai (iaitu kes ke-8770), ujian saringan COVID-19 didapati positif.

Susulan daripada kes berkenaan, pihak berkuasa telah menjalankan siasatan dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection).

Tambah mereka lagi, sehingga 20 Julai, jam 12 tengah hari, seramai 39 orang individu telah disaring.

KLUSTER RUMAH WARGA EMAS KLUANGSebuah kluster baharu telah dikesan di sebuah pusat jagaan warga emas di Kluang, Johor….

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 20 Juli 2020

Individu yang mendapat saringan terbabit terdiri daripada :

i) 14 kes positif COVID-19
ii) 18 adalah negatif
iii) 7 masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah kes positif ini, 13 kes adalah warga tempatan dan seorang warga Indonesia.

Kes positif kluster ini melibatkan 11 warga emas (iaitu penghuni rumah jagaan berkenaan), satu pekerja dan satu ahli keluarga.

Langkah pembendungan dan kawalan jangkitan telah dijalankan seperti proses nyah kuman serta nyah cemar di pusat penjagaan terbabit.

Namun punca kepada jangkitan kluster ini masih lagi berada di dalam siasatan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments