Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKKR kaji kaedah moden kurangkan kos projek tanpa jejas kualiti

KKR kaji kaedah moden kurangkan kos projek tanpa jejas kualiti

PUTRAJAYA, 21 Mac – Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang mengkaji kaedah terbaik untuk mengurangkan kos pembinaan projek pembangunan tanpa menjejaskan kualiti bangunan atau kemudahan yang dibina.

Yang pasti, usaha ini bertujuan memastikan setiap projek kekal setanding dengan kaedah pembinaan moden yang digunakan masa kini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata antara kaedah yang dicadangkan ialah penggunaan Building Information Modeling (BIM) secara meluas serta Prefab Modular System, iaitu bongkah siap pasang yang dicantumkan menjadi struktur bangunan lengkap.

Selain itu, turut dicadangkan ialah penggunaan Industrialised Building System (IBS) yang dibangunkan di lokasi projek, serta kaedah lain yang dapat mengurangkan tempoh pra-pembinaan dan tempoh pembinaan.

Datuk Seri Ahmad berkata beberapa kaedah ini telah dicadangkan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika lawatan kerja ke Kementerian Kerja Raya di Putrajaya, semalam.

Beliau menjelaskan bahawa semua kaedah ini bertujuan mengurangkan kos projek yang dianggap terlalu tinggi ketika ini, selain memastikan projek dapat disiapkan dalam jangka masa lebih cepat.

“Perdana Menteri meminta agar kaedah pengurangan kos dicari supaya lebih banyak projek dapat dilaksanakan. Jika kos dapat dikurangkan sebanyak RM10 juta, RM20 juta, atau RM30 juta, kita boleh melaksanakan lebih banyak projek prasarana seperti pembinaan sekolah tambahan di lokasi berbeza,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja rasmi ke Pejabat Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pendang di Pekan Pendang, Kedah.

Semasa lawatan tersebut, beliau turut menerima taklimat mengenai perkembangan beberapa projek pembangunan Kerajaan Persekutuan yang sedang dilaksanakan di daerah Pendang.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments