Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAKKMM kenal pasti berita palsu

KKMM kenal pasti berita palsu

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memaklumkan beberapa berita palsu melibatkan hebahan maklumat dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang mula viral di laman media sosial.

Dalam satu kenyataan media, Pasukan Respon Pantas KKMM hari ini menyalurkan maklumat penafian beberapa berita palsu yang kini  tular di media sosial, antaranya :

1. MKN menafikan kesahihan rakaman nota suara yang menyatakan akan berlaku Total Lockdown oleh Kerajaan pada 1 April 2020.

2. MKN menafikan dakwaan 69 orang Rohingya di Selayang positif COVID-19.

3. KKM menasihatkan agar tidak membeli produk hand sanitizer yang tidak terdapat dalam senarai produk yang dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di pautan www.npra.gov.my.

Tidak pasti, jangan kongsi!

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments