Bersempena cuti sekolah pertengahan penggal pertama ini pasti ramai pasangan bakal melangsungkan majlis perkahwinan.
Namun rentetan penularan wabak COVID-19, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan satu garis panduan kepada pihak penganjur dan tetamu agar menjaga keselamatan diri dari dijangkiti wabak terbabit.
Bagi mengelakkan penyebaran penyakit ini pihak tuan rumah perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang telah ditetapkan.
1. Tidak digalakkan untuk bersalam dengan tetamu (Gantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada sebelah kiri).
2. Sekiranya bergejala dinasihatkan agar menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan tetamu.
3. Kerap mencuci tangan dengan sabun atau gunakan hand sanitizer.
4. Sediakan tempat yang cukup untuk membasuh tangan yang dilengkapi dengan sabun.
5. Sekiranya berkemampuan sediakan hand sanitizer kepada tetamu.
Manakala, tanggungjawab sebagai tetamu yang akan menghadiri sesuatu majlis atau program adalah seperti berikut:
1. Tidak digalakkan untuk bersalam dengan tuan rumah dan tetamu yang lain (Gantikan dengan meletakkan tangan kanan di dada sebelah kiri)
2. Cuci tangan dengan bersih menggunakan sabun.
3. Individu yang bergejala dinasihatkan agar menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.
4. Sekiranya bergejala, pakai topeng muka untuk menghadiri majlis kenduri atau lebih baik tidak menghadiri majlis tersebut.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply