Friday, July 19, 2024
HomeBERITAKKM terima 60,000 pasang kasut untuk petugas barisan hadapan

KKM terima 60,000 pasang kasut untuk petugas barisan hadapan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerima sumbangan 60,000 pasang kasut berjenama Bata untuk petugas barisan hadapan.

Sumbangan yang dianggarkan bernilai RM3.6 juta merupakan sebahagian daripada sumbangan 1 juta pasang kasut diperingkat global oleh Bata Malaysia sebagai menghargai kerja keras petugas kesihatan di barisan hadapan ketika menghadapi kemuncak pandemik COVID-19 pada bulan April dan Mei yang lalu.

Para petugas barisan hadapan bukan sahaja menghadapi risiko jangkitan COVID-19 tetapi mereka juga telah berkorban masa dan tenaga tanpa keluarga di sisi.

Oleh kerana itu, Bata Malaysia telah menyumbang kasut yang bersesuaian kepada frontliner antaranya kasut lelaki, kasut perempuan, kasut kanak-kanak dan kasut sekolah yang dianggarkan bernilai RM3.6 juta (60 ribu pasang) kepada KKM.

Pengarah Urusan, Ajay Ramachandran mewakili Bata Malaysia menyerahkan sumbangan berkenaan kepada Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr Adham Baba.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments