Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAKKM komited perangi wabak COVID-19!

KKM komited perangi wabak COVID-19!

Menteri Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Dr. Adham Baba sering berkongsi aktiviti pengurusan bersama pasukannya di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman Facebook rasmi miliknya.

Terbaru, beliau berkongsi aktiviti bersama sebahagian pengurusan tertinggi KKM.

Memetik perkongsian beliau, pada sebelah pagi semalam beliau bersama Dato’ Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan II, Dato’ Dr. Rohaizat Yon, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Dr Hishamshah Mohd Ibrahim selaku Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), Pengarah Kawalan Penyakit, Dr. Norhayati Rusli dan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Dato’ Dr. Norhizan Ismail membincangkan mengenai perkembangan terkini COVID-19.

Hari ini saya bersama dengan sebahagian pengurusan tertinggi KKM pada tempat dan masa berbeza. Di sebelah pagi, saya…

Dikirim oleh Dr Adham Baba pada Jumat, 24 April 2020

Manakala di sebelah tengahari pula, Ketua Setiausaha (KSU), Dato’ Seri Dr Chen Chaw Min, dan Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah turut hadir bersama-sama di bilik mesyuarat Pejabat Perdana Menteri.

“Kami di KKM akan sentiasa dan akan terus komited dalam menangani krisis COVID-19 demi negara Malaysia yang kita cintai.

“Setiap dari kita ada peranan, tanpa mengira siapa kita dan di mana kita berada baik yang berada di rumah mahupun yang berada di tempat kerja/ lapangan masing-masing”, ujar beliau.

Bersama-sama kita putuskan rantaian penularan COVID-19!

Kita Mesti Menang!

#KitaMestiMenang
#kerajaanprihatin
#breakthechain
#strongertogether
#InibukanpilihanTapikemestian

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments