Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAKKM kesan mutasi D614G, 10 kali lebih mudah berjangkit

KKM kesan mutasi D614G, 10 kali lebih mudah berjangkit

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesan mutasi jenis D614G daripada ujian pengasingan dan kultur virus COVID-19 untuk tiga (3) kes daripada Kluster PUI Sivagangga (kontak rapat kepada kes indeks) dan satu kes daripada Kluster Ulu Tiram (iaitu individu daripada Filipina).

Buat masa ini, kedua-dua kluster ini didapati agak terkawal hasil pelbagai tindakan kawalan kesihatan awam yang pantas di lapangan.

Ujian awal dan beberapa ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji beberapa kes lain, termasuk bagi kes indeks bagi kedua-dua kluster ini.

Walau bagaimana pun, masyarakat harus berwaspada dan lebih berhati-hati kerana virus COVID-19 dengan mutasi D614G ini telah terbukti 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu ‘super spreader’.

Mutasi D614G ini ditemui oleh saintis pada Julai 2020 dan berkemungkinan akan menyebabkan kajian vaksin sedia ada tidak merangkumi atau tidak berkesan terhadap mutasi ini.

Apa yang perlu kita semua lakukan pada masa kini adalah dengan berdisiplin mengamalkan SOP yang telah disarankan seperti penjarakan fizikal, kebersihan kendiri yang tinggi terutama mencuci tangan dengan air dan sabun, serta memakai pelitup muka terutama di tempat awam, tempat sesak, tempat tertutup dan ketika sembang jarak dekat.

Situasi terkini COVID-19 didapati masih terkawal dan KKM serta agensi-agensi lain masih berusaha membendung penularan COVID-19.

Kerjasama masyarakat amat diperlukan agar dapat kita sama-sama memutuskan penularan jangkitan COVID-19.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments