Saturday, July 20, 2024
HomeBERITA"Kita telah buat yang terbaik, kalau diberi peluang, kita akan buat yang...

“Kita telah buat yang terbaik, kalau diberi peluang, kita akan buat yang lebih baik” – Rosni Zahari

SHAH ALAM, 20 Jun – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari berpandangan, sudah tiba masanya pemimpin parti mengambil kira pandangan penyokong sebagai usaha menambat hati mereka sekali gus memberikan kemenangan kepada UMNO dan Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri, PRN akan datang.

Jelas beliau, UMNO tidak mempunyai pilihan selain mengikut kehendak pengundi akar umbi untuk meletakkan calon di negeri terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“UMNO tidak ada pilihan melainkan ikut kehendak pengundi. Bersedia atau tidak, UMNO kena terima perubahan.

“UMNO adalah parti yang sangat terbuka dan kita mengalu-alukan pandangan daripada rakyat. Kita telah buat yang terbaik dan kalau diberi peluang, kita akan buat yang lebih baik.

“Cuma gelombang PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) kenapa rakyat menolak UMNO, kita masih buat ‘post moterm’ untuk lihat di mana silapnya,” katanya dalam program Wacana Sinar Siri 402 bertajuk PRN: Debar Menunggu Bubar’ yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Selasa.

Sementara itu, Datuk Rosni berpendapat, isu penolakan terhadap kepimpinan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak berlaku dalam parti malah semua perwakilan bersetuju dengan usul jawatan berkenaan tidak dipertandingkan semasa pemilihan UMNO baru-baru ini.

“Usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan telah mendapat sokongan majoriti perwakilan. Sebab itulah Ahmad Zahid masih kekal sebagai Presiden dan kita menghormati keputusan perwakilan.

“Secara tidak langsung itu adalah pilihan (perwakilan) dan sebahagian proses memilih pucuk pimpinan parti,” ujarnya.

Turut diundang sebagai panelis ialah Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Profesor Datuk Dr Mohamad Nasir Saludin dan Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Haziq Azfar Ishak manakala Ismail Adnan bertindak sebagai hos.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments