Tuesday, June 18, 2024
HomeBERITAKisah kejayaan Jack Ma, pengasas Alibaba

Kisah kejayaan Jack Ma, pengasas Alibaba

Dua kali tidak melepasi ujian sekolah rendah, tiga kali gagal ketika di sekolah menengah bahkan usaha untuk melanjutkan pendidikan ke kolej hanya lulus selepas tiga kali percubaan.

Setelah empat tahun berjuang, Jack Ma berjaya memasuki Institut Guru Hangzhou yang kini dikenali sebagai Hangzhou Normal University dan lulus pada tahun 1988 dengan Sarjana Muda Seni dalam bahasa Inggeris.

Selepas tamat pengajian, beliau menjadi pensyarah dalam perdagangan bahasa Inggeris dan antarabangsa di Hangzhou Dianzi University.

Beliau juga pernah memohon sepuluh kali ke Harvard Business School dan setiap kali permohonan itu dibuat malah ianya ditolak.

Di usia mudanya, beliau menerima lebih 30 penolakan temuduga termasuk KFC dan kerjaya sebagai polis namun itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus mencuba.

Walaupun pernah gagal dalam dua kali perniagaan lain sebelum AliBaba, itu tidak membuatkan Jack Ma berputus asa dengan impiannya untuk membina syarikat e-dagang.

Prinsipnya, kegagalan masa lalu merupakan pelajaran untuk tetap yakin mencapai kejayaan dari pengalaman yang diperolehi.

Tanpa sebarang pengalaman atau pendidikan akademik dalam bidang komputer dan perisian, beliau hari ini merupakan pengasas AliBaba Group.

Alibaba merupakan syarikat perkhidmatan jualan melalui portal web yang membolehkan peniaga SME di China menjual barangan mereka di platform global.

Ia memiliki dan mengendalikan pelbagai perniagaan di seluruh dunia dalam pelbagai sektor dan dinamakan sebagai salah satu syarikat yang paling dikagumi dunia.

Alibaba beroperasi di lebih 200 buah negara dan merupakan syarikat peruncitan terbesar di dunia serta digunakan oleh lebih seratus juta orang setiap hari.

Kini Jack Ma merupakan individu terkaya di China dan Asia dan menduduki tangga ke-20 sebagai salah satu orang terkaya di dunia dengan memiliki nilai pendapatan $42.3 bilion.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments