Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKhasiat daun durian belanda

Khasiat daun durian belanda

Tanpa disedari, kebanyakan pohon buah-buahan dan sayuran yang ditanam di sekeliling rumah kita mempunyai banyak khasiat dan kebaikan.

Jika pun tidak ditanam, ia mudah didapati dengan harga yang berpatutan.

Sebagai contoh, pohon durian belanda. Bukan saja buahnya enak dimakan, malah daunnya juga mempunyai khasiat tersendiri.

Jom baca perkongsian kami kebaikan dan cara menyediakan air rebusan daun durian belanda.

1. Dipercayai mampu mencegah dan mengubati kanser

Ambil 10 helai daun durian belanda yang sudah tua. Rebus dalam tiga gelas air. Biarkan air mendidih dan surut sehingga menjadi segelas air sahaja.

Minum dua kali sehari, selama dua minggu atau sehingga kanser yang dihidapi itu sembuh.

2. Mengurangkan sakit pinggang

Ambil 20 helai daun durian belanda. Rebus dengan sukatan lima gelas air. Biarkan air mendidih dan tinggal sebanyak tiga gelas sahaja. Setelah itu, minumlah ¾ gelas air rebusan tersebut sekali sehari.

3. Menguatkan daya ketahanan tubuh

Anda mudah diserang sakit? Daun durian belanda juga dikatakan mampu menguatkan daya ketahanan tubuh.

Ambil lima helai daun durian belada. Rebus dengan sukatan empat gelas air. Biarkan air mendidih sehingga menjadi satu gelas. Minumlah sehari sekali.

4. Mengurangkan diabetis

Untuk mengatasi diabetis atau penyakit kencing manis, minumlah air rebusan daun durian belanda sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Khasiat daun durian belanda ini boleh menurunkan kadar gula dalam darah.

5. Menurunkan tekanan darah tinggi

Hipertensi atau penyakit darah tinggi merupakan salah satu faktor mengundang penyakit strok. Sekiranya anda sudah memiliki tanda-tanda penyakit tersebut, sebaiknya amalkan minum air rebusan daun durian belanda untuk menstabilkan tekanan darah anda.

6. Mengatasi buasir

Dapatkan sepuluh helai daun durian belanda tua. Kemudian rebus dengan tiga gelas air, didihkan sehingga menjadi satu gelas.

Setelah suam, minumlah sekali sehari sehingga penyakit buasir sembuh.

7. Mengubati sakit urat dan saraf

Khasiat daun durian belanda dapat membantu mengubati sakit urat atau sakit saraf.

Caranya ialah dengan merebus sepuluh helai daun durian belanda tua, tapi cari daun yang warnanya masih hijau pekat. Cuci bersih dan setelah itu rebus dengan sukatan dua gelas air, didihkan biarkan menjadi satu gelas.

Minum dua kali sehari, pagi dan petang untuk mendapatkan khasiat sebenarnya.

Semoga perkongsian kami ini bermanfaat kepada pembaca 🍃

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Jom amalkan air rebusan daun durian belanda ☺️.Berikut Beberapa Khasiat Daun Durian Belanda:.1) Mencegah Dan…

Posted by NadyStore.my on Monday, 20 April 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments