Ketua ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) dicekup awal pagi tadi di rumahnya di Shah Alam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata penahanan suspek wanita berusia 39 tahun itu hasil serbuan di rumah berkenaan pada jam kira-kira 1 pagi.
Semalam, media melaporkan, polis sudah mengambil keterangan seorang wanita bergelar Sittah Annur yang dikaitkan dengan ajaran didakwa bertentangan dengan Islam, PMYT.
Selain Sittah Annur, suami bersama pengikut rapat wanita itu turut dirakam percakapan bagi meneliti pelbagai dakwaan yang dibuat.
Sebelum ini, tular dalam media sosial mengenai seorang wanita bergelar Sittah Annur dikaitkan dengan PMYT dan mendakwa akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah serta memimpin pasukannya mencari Imam Mahdi untuk melawan musuh.
Wanita itu juga mendakwa dirinya memiliki keistimewaan dan berupaya membuat ramalan berkaitan apa akan berlaku pada masa depan.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost