Wednesday, July 10, 2024
HomeBERITAKetegasan pihak berkuasa lonjak 99 peratus pematuhan PKP

Ketegasan pihak berkuasa lonjak 99 peratus pematuhan PKP

Sejak “mod” berkeras pihak berkuasa ke atas individu yang ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pematuhan rakyat dilihat melonjak kepada 99 peratus setakat kelmarin.

Hasil ketegasan pihak berkuasa, masyarakat sudah mula memahami tujuan utama kerajaan melaksanakan PKP iaitu untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Hari pertama pelaksanaan PKP menyaksikan kadar pematuhannya sekadar 62 peratus tetapi kerajaan mahukan pematuhan rakyat adalah 100 peratus.

Lantaran itu, fasa kedua PKP akan menumpukan kepada usaha menumpaskan baki rakyat yang masih berdegil dan tidak ambil kisah akan penularan wabak COVID-19.

Sikap rakyat adalah penentu kejayaan pematuhan PKP, justeru itu jika lebih lama tempoh PKP ini dilaksanakan ia bukan sahaja hanya akan menjejaskan ekonomi negara tetapi juga kehidupan rakyat.

Walaupun tiada peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19 direkodkan namun ia bukanlah sesuatu perkara yang perlu diambil mudah memandangkan wabak ini sangat mudah berjangkit.

Bahkan orang ramai seharusnya terus membantu kerajaan memerangi virus ini dengan hanya duduk di rumah serta keluar apabila perlu sahaja.

SIKAP RAKYAT PENENTU PEMATUHAN PKPHasil ketegasan pihak berkuasa akyat negara ini sudah mula memahami tujuan utama…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Jumat, 03 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments