Tuesday, June 18, 2024
HomeBERITAKetahui penyebab dan cara atasi sakit tulang ekor atau ‘coccydynia’

Ketahui penyebab dan cara atasi sakit tulang ekor atau ‘coccydynia’

Selepas proses melahirkan anak, ada ibu yang mengalami rasa sakit di hujung tulang belakang.

Antara simptom yang dialami adalah apabila membuat sesuatu pekerjaan, badan berasa cepat lenguh.

Jika agak lama berdiri, terasa sengal-sengal di bahagian belakang. Begitu juga ketika berbaring atas simen atau lantai, mudah rasa ngilu dan sakit.

Menurut perkongsian Dr Zubaidi Ahmad di platform media sosial Facebooknya, beliau berkata kesakitan pada tulang ekor ini dinamakan coccydynia dan kerap berlaku pada kelahiran normal melalui faraj.

Sudah tentu kesakitan yang dialami sedikit sebanyak mengganggu tugas harian para ibu.

Untuk itu, kami titipkan tips bagi meredakan kesakitan buat ibu-ibu di luar sana.

Namun, jika sakit masih berlarutan, anda dinasihatkan untuk rujuk kepada pakar.

1. Tuamkan ‘ice pack’ dibahagian belakang untuk mengurangkan bengkak dan sakit.

2. Ketika tidur, seeloknya baring dalam keadaan mengiring. Elakkan tidur terlentang atau menangkup (meniarap), kerana ia akan memberi tekanan kepada punggung dan tulang coccyx.

3. Sewaktu duduk, lapikkan bantal di bahagian belakang badan.

4. Anda digalakkan berendam dlm kolam air panas atau tab mandi. Kebaikannya adalah ianya dapat merehatkan otot-otot pelvis yang melekat pada tulang coccyx yang sakit itu.

5. Air sangat penting untuk tubuh. Ibu-ibu perlu disiplin untuk minum air yang mencukupi dan makan makanan yang tinggi serat bagi tujuan mengelakkan sembelit.

6. Minta suami urutkan selalu. Urut dengan minyak panas atau minyak yang boleh melegakan sengal-sengal badan.

7. Jangan paksa diri kalau tidak larat. Elakkan dari mengangkat barang-barang yang berat.

8. Paling penting dapatkan kualiti tidur yang baik dan mencukupi.

Moga bermanfaat!

SAKIT DI TULANG EKOR (COCCYDYNIA) SELEPAS MELAHIRKAN ANAK.Selepas melahirkan anak, mommy ada rasa sakit di hujung…

Posted by 9bulan10hari on Sunday, 31 May 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments