Wednesday, May 29, 2024
HomeBERITAKestabilan politik buka keyakinan pelabur asing baharu - Rosni Zahari

Kestabilan politik buka keyakinan pelabur asing baharu – Rosni Zahari

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Kestabilan politik penting untuk menarik dan mengekalkan pelaburan asing ke Malaysia.

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Zahari berkata, pelabur kini mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum melabur di Malaysia.

“Ramai pelabur asing ingin melabur di negara ini namun mereka masih melihat kepada kestabilan politik.

“Sebenarnya ramai pelabur yang ingin masuk ke Malaysia termasuk salah satu pelabur, akan menyediakan peluang pekerjaan kepada 20,000 orang. Sekiranya stabil, baru mereka akan buat keputusan untuk melabur dalam negara kita,” katanya ketika menyampaikan perkongsian beliau yang bertajuk ‘Politik Baharu Dan Sekarang: Cerita 40 Tahun’ sempena sesi townhall ‘Merapatkan Jurang: Keyakinan, Persepsi dan Masa Depan UMNO Bersama GenZ’ anjuran Sekretariat Penerangan, Media dan Digital Wanita UMNO Malaysia semalam.

Tambah beliau lagi, kerajaan yang stabil diperlukan terutamanya untuk menjana ekonomi negara.

Justeru beliau menyeru wanita, anak muda dan seluruh rakyat Malaysia supaya menyokong kerajaan sedia ada sehingga PRU ke-16.

“Kita mahukan kerajaan yang stabil kerana hanya dengan itu kita boleh menjana ekonomi kita. Selagi kita tidak ada kerajaan yang stabil, maka susahlah kita nak dapatkan ekonomi yang stabil.

“Maka itulah saya ingin menyeru anak-anak di sini walaupun kita menyokong UMNO tetapi kita kena pastikan politik hari ini kekal sampai ke PRU ke-16 nanti,” katanya lagi.

Yang nyata kata Datuk Rosni lagi UMNO sudah terbukti mampu untuk mentadbir negara dengan begitu baik dan cemerlang selama lebih 60 tahun namun ianya dimusnahkan oleh persepsi yang ditimbulkan oleh pihak lawan.

Pun begitu selepas UMNO kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, pelbagai gerak kerja dan strategi telah dilakukan untuk memenangi semula hati para pengundi.

“Apabila kita tidak menang pada PRU ke-14, kita bekerja habis-habisan. Selepas sahaja kita kalah, kita susun segala gerak kerja kerana kita tahu para pengundi untuk PRU ke-15 ialah pengundi muda.

“Kita buat ‘engagement’ dengan anak-anak muda. Dah nampak macam ‘okay’ tetapi apabila datang PRU ke-15 semua benda berubah. Anak-anak muda yang tiada pengalaman pun akan terpengaruh dengan dakyah mereka,” katanya.

Program townhall yang bertajuk ‘Merapatkan Jurang: Keyakinan, Persepsi dan Masa Depan UMNO Bersama GenZ’ ini telah diadakan pada pagi tadi dengan disertai lebih 80 orang pelajar daripada pelbagai universiti sekitar Lembah Klang.

Di samping untuk menarik minat anak muda kepada UMNO, program ini juga bertujuan untuk mendengar segala persepsi yang mereka terima daripada sumber media lain berkenaan parti.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments