Stress adalah salah satu cara tubuh anda bertindak balas terhadap segala permintaan berlebihan atau ancaman malah tindak balas tubuh ini pada asalnya bertujuan melindungi anda.
Memetik perkongsian dari laman Facebook Public Health Malaysia, pada permulaannya, stress membantu untuk lebih fokus, lebih bertenaga dan lebih alert.
STRESS adalah cara tubuh anda untuk bertindak balas terhadap segala permintaan berlebihan atau ancaman. Tindak balas…
Posted by Public Health Malaysia on Thursday, 25 June 2020
Contohnya semasa menghadapi peperiksaan, stress membantu anda agar belajar dengan lebih tekun.
Namun jika ianya berada dalam keadaan yang berterusan, ia bukanlah sesuatu yang baik untuk tubuh anda.
Sekiranya anda mengalami stress yang berpanjangan, anda akan mula mengalami gejala fizikal seperti sakit kepala, sakit tengkuk dan bahu, tegang otot, sakit pinggang dan beberapa gejala fizikal yang lain.
Jika anda berada dalam keadaan stress dan mula alami gejala seperti ini, ia adalah tanda untuk anda mula berehat.
Ingat, tubuh badan juga perlukan rehat sama seperti kita ya!
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply