Tuesday, May 28, 2024
HomeBERITAKes SRC Najib Razak : Bebas atau bela diri diketahui esok

Kes SRC Najib Razak : Bebas atau bela diri diketahui esok

Perbicaraan kes SRC membabitkan Bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Razak di ambang keputusan di hujung kes pendakwaannya.

Sama ada bebas atau bela diri bakal diketahui esok pada 11.11.19.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dijadual mengumumkan keputusannya pada jam 10 pagi.

Menurut Peguam terkemuka negara Tuan Mohamed Haniff Khatri Abdulla dalam mana-mana bicara jenayah, terdapat dua tahap keputusan yang akan diberikan oleh mahkamah, iaitu di hujung kes pendakwaan, setelah selesai pihak pendakwaan menampilkan keseluruhan keterangan untuk membuktikan pertuduhan yang didakwa terhadap tertuduh.

Jika pembelaan dipanggil, maka setelah selesai pihak pembelaan pula menampilkan keseluruhan keterangan untuk menampilkan keraguan terhadap pertuduhan yang ditampilkan terhadapnya, iaitu keputusan di hujung perbicaraan kes pembelaan.

Pada hari esok, isnin, 11.11.2019, Dato’ Seri Mohd Najib Razak akan tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengetahui keputusan mahkamah berhubung kesemua tujuh pertuduhan yang dihadapi Dato’ Seri Najib di peringkat pertama perenggan 1 kurungan a di atas yakni adakah mahkamah dapati pihak pendakwaraya telah berjaya ataupun tidak untuk tampilkan keterangan yang mencukupi terhadap kesemua ataupun mana-mana daripada tujuh pertuduhan yang dibicarakan berhubung SRC.

Ada beberapa proses lanjut yang boleh berlaku selepas keputusan ini.

Ia membabitkan jika mahkamah dapati pihak pendakwaraya telah berjaya membuktikan satu kes prima facie berhubung kesemua ataupun mana-mana daripada tujuh pertuduhan, maka Dato’ Seri Najib akan diarahkan untuk memasuki pembelaannya.

Namun, ini tidak bermaksud yang Dato’ Seri Najib didapati bersalah lagi.

Kebersalahan dan sabitan akan cuma diputuskan selepas Dato’ Seri Najib pula memasuki pembelaaan kelak.

Sekiranya keputusan memihak kepada pihak pendakwaraya dalam mana-mana daripada tujuh pertuduhan, maka Dato’ Seri Najib pada ketika itu belum berhak untuk membuat rayuan terhadap keputusan itu, dan perlu melalui proses pembelaannya terlebih dahulu.

Dan sebaliknya, jika keputusan memihak kepada pihak Dato’ Seri Najib dalam mana-mana daripada tujuh pertuduhan, maka Dato’ Seri Najib akan bebas daripada pertuduhan terbabit.

Tetapi pihak pendakwaraya berhak, jika ingin, untuk memfailkan rayuan ke mahkamah rayuan terhadap keputusan itu.

Mengikut fakta kes bekas perdana menteri itu yang berdepan tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta daripada dana SRC International Sdn Bhd.

Pada 22 dan 23 Oktober lepas, mahkamah mendengar penghujahan panjang lebar daripada pasukan pendakwaan dan pembelaan.

Pendakwaan, pada 27 Ogos lepas, menutup kes selepas perbicaraan selama 58 hari dan memanggil 57 saksi untuk memberi keterangan.

Pasukan pendakwaan diketuai Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas selain dianggotai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram.

Manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pula mengetuai kumpulan peguam bela.

Semasa perbicaraan, pendakwaan mengemukakan lebih 750 barang kes termasuk dokumen bank berkaitan akaun bank Najib, dokumen berkaitan transaksi tunai, minit mesyuarat dan perbualan dalam Blackberry Messenger berkaitan transaksi oleh Dato’ Seri Najib.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments