Kes ingkar arahan PKP meningkat

0

Hari ini merupakan hari ke-23 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara bagi mengekang penularan dan memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Masih berbaki enam hari lagi sebelum PKP berakhir atau ianya akan terus dilaksanakan.

Namun amat membimbangkan apabila statistik kes ingkar arahan PKP menunjukkan peningkatan.

Masih terdapat aktiviti pergerakan yang tidak dibenarkan seperti kunjung mengunjung ke rumah saudara mara dalam tempoh PKP malahan jumlah kenderaan di jalan raya juga didapati semakin meningkat.

Setakat semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mendedahkan tangkapan individu yang melanggar arahan PKP meningkat 13 peratus atau 454 orang pada hari Selasa berbanding 403 pada hari Isnin.

PKP : KES INGKAR PKP MASIH MENINGKATMasih terdapat individu yang degil dan ingkar arahan PKP walaupun sudah masuk hari…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Rabu, 08 April 2020

Selain itu, kawasan-kawasan yang dikategorikan sebagai zon merah COVID-19 turut meningkat kepada 23 lokasi seluruh negara, selepas daerah Sepang di Selangor dan Kota Samarahan, Sarawak mencatat lebih 41 kes.

Sehingga kini, empat lokasi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) membabitkan Simpang Renggam (Johor), Hulu Langat (Selangor) dan tuga bangunan di Kuala Lumpur iaitu Menara City One, Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

Leave a Reply