Sunday, September 8, 2024
HomeBERITAKes ditangguh sementara bukan digugurkan - Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi

Kes ditangguh sementara bukan digugurkan – Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi

Perbicaraan kes rasuah dan pecah amanah Presiden Parti UMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi mendapat kelulusan penangguhan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dato’ Seri Zahih Hamidi dalam satu kenyataan media berkata berkata kes berkenaan tidak digugurkan dari perbicaraan dan hanya ditangguhkan sementara dan akan disambung semula pada 3 Mac 2020.

Dalam pada itu, Zahid Hamidi menafikan bahawa kes mengenai penggubahan wang haram milik dana Yayasan Akal Budi yang dihadapi beliau tidak akan digugurkan seperti kes-kes lain sebelum ini.

“Insya-Allah, saya akan membersihkan diri saya di mahkamah tanpa pengguguran kes.

“Saya mahu mahkamah menentukan keputusannya walaupun tuduhan ini adalah pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih,” jelasnya.

Dilaporkan perbicaraan itu ditangguh disebabkan beliau perlu menghadiri satu mesyuarat bagi membincangkan pembentukan kabinet baharu.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments