Tuesday, April 16, 2024
Home BERITA Kes denggi di Kelantan meningkat 337.7 peratus

Kes denggi di Kelantan meningkat 337.7 peratus

0
Sumber foto KKM

Kota Bharu, 26 September – Perhatian untuk semua rakyat Kelantan. Kes denggi di Kelantan meningkat sebanyak 337.7 peratus dalam tempoh Januari hingga kelmarin dengan jumlah 696 kes berbanding 159 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin, peningkatan itu disebabkan jumlah wabak yang turut meningkat iaitu sebanyak 39 wabak yang direkodkan sehingga 24 September lalu berbanding bagi tempoh yang sama tahun lalu adalah lapan wabak sahaja.

“Daripada 39 wabak yang dilaporkan, 29 wabak sudah tamat tempoh, manakala 10 wabak lagi masih aktif.

“Bagi membendung penularan, aktiviti kawalan dan pencegahan dijalankan untuk semua kes serta wabak denggi yang dilaporkan di semua lokaliti bagi memutuskan rangkaian jangkitan.

“Aktiviti kawalan vektor yang membabitkan pemeriksaan premis, semburan kabus, penghapusan tempat pembiakan dan pendidikan kesihatan dijalankan untuk setiap kes atau wabak,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Dr Zaini berkata, aktiviti pencegahan juga dipertingkatkan di lokaliti berisiko di negeri ini dan sehingga 24 September, sejumlah 182,335 premis diperiksa.

Daripada jumlah itu sebanyak 1,437 premis dikompaun dengan nilai lebih RM700,000 mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 (Akta 154).

“Bagi membendung penyakit demam denggi daripada terus merebak dan mengancam kesihatan penduduk, seluruh lapisan masyarakat perlu bersama-sama bertanggungjawab membersihkan kawasan persekitaran serta mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Selain itu, masyarakat diseru supaya mendapat rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya mengalami tanda seperti demam, sakit sendi, sakit kepala, ruam dan sebagainya,” katanya.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply