Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKes COVID-19 kembali meningkat, Kerajaan Negeri Victoria batal kelonggaran kawalan pergerakan

Kes COVID-19 kembali meningkat, Kerajaan Negeri Victoria batal kelonggaran kawalan pergerakan

Kerajaan Negeri Victoria, Australia telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung pembatalan kelonggaran kawalan pergerakan setelah didapati berlaku peningkatan semula kes COVID-19 di negara berkenaan.

Menurut siaran media, kes COVID-19 kembali meningkat berpunca daripada aktiviti kunjung mengunjung di antara ahli keluarga serta majlis keramaian.

Justeru, kerajaan negeri terpaksa membatalkan rancangan untuk memberikan kelonggaran malah kawalan pergerakan akan diperketatkan bermula hari ini.

“Hanya lima tetamu dibenarkan di setiap rumah dan 10 orang jika berjumpaan di luar rumah.

“Aktiviti sosial dihadkan dan premis perniagaaan hanya boleh membenarkan 20 pelanggan pada satu masa,” ujar kenyataan terbabit.

Kerajaan Negeri Victoria, Australia, terpaksa membatalkan rancangan untuk melonggarkan kawalan pergerakan selepas kes…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, 20 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments