Angka harian Covid-19 hari ini terus menurun dengan 10,959 kes baharu direkodkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata iaa menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini 2,209,194 kes.
3) Bilangan Kes COVID-19 Mengikut Negeri (Sehingga 27 September 2021, 12:00 Tengah Hari)
• Bilangan kes baharu10,959 kes
• Bilangan kes kumulatif 2,209,194 kes— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) September 27, 2021
Jelas beliau dua negeri mencatatkan pertambahan empat angka, iaitu Sarawak dengan 2,723 kes dan Johor (1,226).
Kelantan dengan 983 kes baharu serta Selangor yang sebelum ini mencatatkan kes empat angka kini mula menunjukkan penurunan, iaitu sejumlah 979 kes baharu.
Pulau Pinang (793), Sabah (751), Pahang (739), Perak (713), Terengganu (691), Kedah (660), Melaka (346), Kuala Lumpur (176), Negeri Sembilan (110), Perlis (15), Putrajaya (18).
“Tiada pertambahan kes dilaporkan di Labuan,” katanya hari ini.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply