Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAKes Covid-19 catat penurunan, 9,066 kes hari ini

Kes Covid-19 catat penurunan, 9,066 kes hari ini

KUALA LUMPUR 3 Okt – Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan apabila sebanyak 9,066 kes dilaporkan hari ini berbanding 10,915 semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,277,565.

 

Menurutnya, Sarawak adalah negeri yang melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,418 kes, diikuti Selangor (1,000), Johor (981), Terengganu (827), Kelantan (796), Sabah (767) dan Kedah (670).

 

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, kapasiti dan penggunaan katil COVID-19 hingga semalam ialah 52 peratus membabitkan katil bukan ICU dan 58 peratus katil ICU.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments