Amerika Syarikat merekodkan dua hari berturut-turut dengan kes baharu jangkitan COVID-19 melebihi 50,000 kes.
Pada 2 Julai, negara berkenaan merekodkan angka kes baharu 52,156 kes dan 3 Julai sebanyak 57,037 kes.
Manakala Brazil yang berada di tangga kedua tertinggi kes COVID-19 merekodkan sebanyak lebih 40,000 jangkitan pada Khamis (2 Julai) dan Jumaat (3 Julai).
Jumlah kes positif COVID-19 pada hari ini telah mencecah 11 juta dan 51.2% atau 5.6 juta kes dari jumlah ini adalah dari…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, 3 July 2020
Di Asia Tenggara, Indonesia mencatat 1,301 kes harian baharu, Filipina sebanyak 1,531 kes dan Singapura dengan 169 kes pada hari semalam (3 Julai).
Singapura yang kini memasuki fasa pemulihan kedua pada 15 Jun menunjukkan keberangkalian jangkitan telah menurun secara konsisten sejak pertengahan Mei lalu.

Mengambil kira perkembangan semasa di seluruh dunia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai agar tidak alpa dengan penurunan kes dalam negara ketika kini.
Keberangkalian jangkitan boleh meningkat jika rakyat leka dan tidak patuh SOP serta tidak mengamalkan langkah-langkah pencegahan.
Negara Colombia adalah negara yang ke-20 mempunyai jumlah kes melebihi 100 ribu kes.Kadar kesembuhan COVID-19 dunia…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Thursday, 2 July 2020
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply