“Rekod berkenaan adalah satu kejayaan berikutan melebihi kadar sabitan kesalahan rasuah sebanyak 90 peratus yang ditetapkan dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023.

“Daripada segi pemulihan aset pula, jumlah aset yang dilucutkan hak dan dipulangkan kepada kerajaan Malaysia tahun lalu adalah RM5.1 bilion iaitu 99.57 peratus daripada kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Siasatan terhadap kes-kes berkenaan boleh dikatakan sangat mencabar kerana banyak kekangan yang kami hadapi daripada pelbagai aspek.

“Namun, dengan kejayaan bermula daripada siasatan sehingga ke peringkat pendakwaan, ia membuktikan kemampuan dan kebolehan SPRM dalam mengendalikan kes berprofil tinggi dan kompleks yang bukan sahaja diiktiraf di negara ini malah di peringkat antarabangsa,” katanya.